Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu Assalamualaikum... Salam berbahagia kepada semua guru pelatih di semua kampus IPGM. Kami Daripada Kelab Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu mengalu-alukan kedatangan saudara sekalian ke laman blog ini. Diharap agar semuanya dapat memberikan sokongan dalam menjayakan blog ini.Syukran...


Sunday, June 28, 2009

HARI KELUARGA RAKAN MASJID


Tanggal 16 Mei 2008 tercatat satu memori indah di kalbu semua anggota keluarga Kelab Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu.Pada tarikh tersebut kami telah menjayakan satu majlis julung-julung kali dianjurkan iaitu Karnival Hari Keluarga Rakan Masjid.Di majlis ini kami telah berjaya megumpulkan seramai hampir 70 orang anggota Rakan Masjid yang terdiri daripada AJK Rakan Masjid dan ahli Study Circle.Bermula seawal 8 pagi kami mula bergotong-royong menyiapkan bahan bagi menyediakan gulai kawah dengan bantuan Tn.HJ Norizan yang mengajar kami banyak petua dalam masakan gulai resepi utara yang sememanya hingga menjilat jari.Selain itu pelbagai acara sukanneka turut diadakan diperkarangan Pusat Islam As-solihin bagi merapatkan lagi ukhwah sesama ahli dan ajk.Tepat jam 3.00 petang setelah selesai semua aktiviti kami beramai-ramai mendengar ucapan aluan dari Pensyarah penasihat iaitu Ust.Wan Anuar dan kemudianya kami menjamu selera beramai-ramai merasai keenakan gulai kawah yang merupakan air tangan kami sendiri.sungguh menyelerakan.selepas itu kami bergotong-royong mengemas kembali tempat seperti sediakala.

posted by Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu @ 5:30 AM,


0 Comments:

Post a Comment