Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu Assalamualaikum... Salam berbahagia kepada semua guru pelatih di semua kampus IPGM. Kami Daripada Kelab Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu mengalu-alukan kedatangan saudara sekalian ke laman blog ini. Diharap agar semuanya dapat memberikan sokongan dalam menjayakan blog ini.Syukran...


Friday, October 16, 2009

Kursus Sembelihan IPGM KKB 2009 ANJURAN RM

Perhatian kepada sesiapa yang ingin mendaftar menjadi salah seorang peserta kursus sembelihan yanga kan diadakan pada 31 .10.2009.Penyertaan adalah terhad dan siapa yang cepat akan mendapat tempat.Terbukla kepada semua warga IPGM KKB.

posted by Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu @ 12:43 AM, ,


Sunday, July 12, 2009

Kem Memperkasakan Kepimpinan Rakan Masjid 2009


Kem Memperkasakan Kepimpinan Rakan Masjid (KMK) 2009

setelah melalui pelbagai rintangan dan dugaan.Perancangan yang dibuat hampir 4 bulan akhirnya menemui kejayaan.Berkat usaha dan tawakkal kepada Allah serta iringan semua pihak Kem Memperkasakan Kepimpinan berjaya direalisasikan.Tanggal 9 Julai 2009 Kelab Rakan Masjid IPGM KKB berjaya membawa seramai 60 orang berjaya mendaki Maxwell Hill di Taiping perak.Selama 3 Hari 2 Malam kami berkanpung di kawasan banglo pada ketinggian 1023 KM dari aras laut.Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang kami berada diatas sana.Perjalanan dari kaki bukit untuk sampai ke base camp amat mencabar dimana kami harus menaiki land rover dan melalui sebanyak 98 selekoh tajam yang rata-ratanya mencecah 300 darjah.Sehingga ada diantara kami yang "mabuk" dan muntah. Disana kami menginap di 3 buah banglo yang disewa khas.Suasana yang indah dan permai amat mendamaikan perasaan kami yang kepenatan.Terasa bagai berada di luar negara.Semakin tinggi kami mendaki kami menemui pelbagai kebesalan ciptaan Tuhan semakin terasa bahawa diri ini begitu kerdil.Pelbagai keajaiban Allah kami rasakan dan lalui.Pada hari terakhir kami merancang untuk mendaki ke kawasan yang lebih tinggi iaitu ke kawasan pencawang telekom dimana terletak 12 KM dari kaki bukit.Malangnya keadaan memaksa kami membatalkan pendakian itu.Hujan lebat dan kabus tebal melanda dalam sekilip mata.Namun seramai 6 orang Muslimin berjaya meneruskan cabaran walau menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai matlamat.Dengan berbekalkan semagat dari sahabat dan sahabiah yang lain serta tawakkal kepada Allah mereka berjaya setelah hampir 1 jam 15 minit mendaki dalam hujan lebat dan cuaca yang amat sejuk.Alhamdullilah.Akhirnya KMK berjaya mencapai matlamat nya.Majlis Penutupan dirasmikan oleh Tuan Pengarah sendiri iaitu En.Hashim B Deraman yang banyak membantu serta memberi sokongan kepada KRM selama ini.


posted by Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu @ 10:30 PM, ,


Sunday, June 28, 2009

KURSUS MULTIMEDIA RAKAN MASJID 2009

KURSUS MULTIMEDIA RAKAN MASJID 2009
LAJNAH PUBLISITI DAN DOKUMENTASI
23.3.2009
BILIK MAHFOR BABA



Kursus ini membantu para ahli Kelab Rakan Masjid dalam mengunakan perisian komputer bagi memudahkan pengurusan sesuatu tugasan yang diberikan atau yang dilakukan.Ahli didedahkan penggunaan perisian komputer bagi mengedit video dan Microsoft Excel.




Bagi memantapkan kemahiran IT dalam kalangan ahli.Malah ia membantu meningkatkan kemahiran sebagai bakal guru era globalisasi.



posted by Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu @ 10:47 PM, ,


Organisasi Rakan Masjid 2009/2010

Organisasi Rakan Masjid 2009/2010


Penaung : Timbalan Pengarah IPGMKB

Tn. Haji Yajid bin Yaakob


Ketua Penasihat : Ketua JAPIM IPGMKB

Ust. Tn. Othman bin Tn. Yaacob


Pensyarah Penasihat : Ust. Mohd Shaarani bin Mohd Naim (JAPIM)

En. Wan Ghazali bin Wan Hashim (HEP)

Ustz. Hajjah Norma bt. Senik (JAPIM)


Pensyarah Rujukan : Pn. Hajjah Faridah bt. Darus (HEP)

Ust. Wan Anuar bin Wan Yaakob (JAPIM)

Ust. Mohammad bin Ayub (JAPIM)


Ahli Majlis Syura'


Nur Aiman bin Zainudin
Nor Roshida binti Rosli
Nur Hidayah Azzati binti Mohd Alis

Lajnah

Lajnah Dakwah dan Kepimpinan (LDK)

Ketua lajnah : Ahmad Masduqi bin Kamaruzaman

Penolong ketua lajnah : Syahidah binti Zulkifli


Lajnah Usrah dan Tarbiah (LUT)

Ketua lajnah : Muhammad Shafiq bin Mohd Shukri

Penolong ketua lajnah : Noorain Farahani binti Noor Hashim


Lajnah Ekonomi dan Kebajikan (LEK)

Ketua lajnah : Muhammad Hafiz bin Mohamad Ashhar

Penolong ketua lajnah : Nor Shuhadaa binti Musa


Lajnah Publisiti dan Dokumentasi (LPD)

Ketua lajnah : Mohd Khairul Khairi bin Mamat

Penolong ketua lajnah : Ramizah binti Ramli



posted by Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu @ 4:29 PM, ,


HARI KELUARGA RAKAN MASJID


Tanggal 16 Mei 2008 tercatat satu memori indah di kalbu semua anggota keluarga Kelab Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu.Pada tarikh tersebut kami telah menjayakan satu majlis julung-julung kali dianjurkan iaitu Karnival Hari Keluarga Rakan Masjid.Di majlis ini kami telah berjaya megumpulkan seramai hampir 70 orang anggota Rakan Masjid yang terdiri daripada AJK Rakan Masjid dan ahli Study Circle.Bermula seawal 8 pagi kami mula bergotong-royong menyiapkan bahan bagi menyediakan gulai kawah dengan bantuan Tn.HJ Norizan yang mengajar kami banyak petua dalam masakan gulai resepi utara yang sememanya hingga menjilat jari.Selain itu pelbagai acara sukanneka turut diadakan diperkarangan Pusat Islam As-solihin bagi merapatkan lagi ukhwah sesama ahli dan ajk.Tepat jam 3.00 petang setelah selesai semua aktiviti kami beramai-ramai mendengar ucapan aluan dari Pensyarah penasihat iaitu Ust.Wan Anuar dan kemudianya kami menjamu selera beramai-ramai merasai keenakan gulai kawah yang merupakan air tangan kami sendiri.sungguh menyelerakan.selepas itu kami bergotong-royong mengemas kembali tempat seperti sediakala.

posted by Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu @ 5:30 AM, ,


Romantiknya Cinta Allah

14 Februari 2009 Masjid Al-Solihin



Pada hari ini umat "bukan Islam" sibuk menyambut Hari Kekasih, sebagai umat Islam kita tidak seharusnya menyambut sebarang perayaan yang kita sendiri tidak tahu mana asalnya dan yang lebih penting ia melanggar syariat Islam yang sebenar.Oleh itu,Kelab Rakan Masjid mengadakan Program Romantiknya Cinta Allah bagi menghapuskan fahaman berkenaan Hari Kekasih yang sememangnya bertentangan dengan Agama Islam


posted by Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu @ 2:25 AM, ,


Majlis Solat Hajat Palestin

Solat Hajat Sempena Palestin
18.01.2009


Sempena peperangan yang berlaku di Palestine,tempat dimana saudara Islam kita di henyak dan disiksa oleh Rejim Zionis yang tidak berhati perut,sebagai saudara kita seharusnya membantu untuk meringankan beban yang mereka tanggung.Salah satu usaha yang kami jalankan demi membantu saudara-saudara Islam kita di Palestin






posted by Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu @ 2:00 AM, ,