Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu Assalamualaikum... Salam berbahagia kepada semua guru pelatih di semua kampus IPGM. Kami Daripada Kelab Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu mengalu-alukan kedatangan saudara sekalian ke laman blog ini. Diharap agar semuanya dapat memberikan sokongan dalam menjayakan blog ini.Syukran...


Sunday, July 12, 2009

Kem Memperkasakan Kepimpinan Rakan Masjid 2009


Kem Memperkasakan Kepimpinan Rakan Masjid (KMK) 2009

setelah melalui pelbagai rintangan dan dugaan.Perancangan yang dibuat hampir 4 bulan akhirnya menemui kejayaan.Berkat usaha dan tawakkal kepada Allah serta iringan semua pihak Kem Memperkasakan Kepimpinan berjaya direalisasikan.Tanggal 9 Julai 2009 Kelab Rakan Masjid IPGM KKB berjaya membawa seramai 60 orang berjaya mendaki Maxwell Hill di Taiping perak.Selama 3 Hari 2 Malam kami berkanpung di kawasan banglo pada ketinggian 1023 KM dari aras laut.Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang kami berada diatas sana.Perjalanan dari kaki bukit untuk sampai ke base camp amat mencabar dimana kami harus menaiki land rover dan melalui sebanyak 98 selekoh tajam yang rata-ratanya mencecah 300 darjah.Sehingga ada diantara kami yang "mabuk" dan muntah. Disana kami menginap di 3 buah banglo yang disewa khas.Suasana yang indah dan permai amat mendamaikan perasaan kami yang kepenatan.Terasa bagai berada di luar negara.Semakin tinggi kami mendaki kami menemui pelbagai kebesalan ciptaan Tuhan semakin terasa bahawa diri ini begitu kerdil.Pelbagai keajaiban Allah kami rasakan dan lalui.Pada hari terakhir kami merancang untuk mendaki ke kawasan yang lebih tinggi iaitu ke kawasan pencawang telekom dimana terletak 12 KM dari kaki bukit.Malangnya keadaan memaksa kami membatalkan pendakian itu.Hujan lebat dan kabus tebal melanda dalam sekilip mata.Namun seramai 6 orang Muslimin berjaya meneruskan cabaran walau menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai matlamat.Dengan berbekalkan semagat dari sahabat dan sahabiah yang lain serta tawakkal kepada Allah mereka berjaya setelah hampir 1 jam 15 minit mendaki dalam hujan lebat dan cuaca yang amat sejuk.Alhamdullilah.Akhirnya KMK berjaya mencapai matlamat nya.Majlis Penutupan dirasmikan oleh Tuan Pengarah sendiri iaitu En.Hashim B Deraman yang banyak membantu serta memberi sokongan kepada KRM selama ini.


posted by Rakan Masjid IPGM Kampus Kota Bharu @ 10:30 PM,


0 Comments:

Post a Comment